Monday, December 13, 2010

Tuesday, June 1, 2010

StreSS...ahaa:(



Nowadays.. stress is d common word will appear in everybody mind...sometimes when we work hard to find satisfaction in life, we do find a lot of stresses...... do we really stress..why stress comes..how u handle stress...how often you get stress....ahaha ===> saya stress!!!

Hmm nasib baik jumpa cr untuk mengatasi stress...copy jer dr blog org.....hahahaha

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah s

edar bahawa sebarang tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

6) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

7) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”.
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


Sunday, May 30, 2010

BeLoN PaNass!

meluangkan sedikit masa untuk merelease stress...aha...


KaWEn - kAWeN !!!

Tahniah buat rima & Mukmin, semoga berbahagia sehingga akhir hayat. Majlis prof Hilmi and dr.Norjidah menjadi acara gathering untuk semua student engineering termasuk lecturer and staff. Rupa nyer hampir setahun tidak jumpa. Agak kelakar juga setelah sekian lama beralih bidang nie..mula terdengar term2 engineering. Hmm dimana pun hal kerja pasti terkeluar jua.. Gud luck to all friend..hope success in ur career.



Tuesday, May 25, 2010

Anugerah


Allamdullilah, syukur ke pada Allah kerana menganugerahkan kepadaku ramai kawan-kawan, dalam ramai-ramai tu, saya punya sahabat, ramai juga jumlahnya, dan dalam ramai-ramai sahabat tu, saya punya ramai teman yang rapat dan sangat akrab. Friends are always there when you are in need!

Biasa la rumlah bersahabat, ada kala sangat menggembirakan dan kadang kala bersedih. Tapi saya sangat menghargai insan yang bernama sahabat yang selalu berada disisi mengaharungi segalanya. Syukur pada illahi kerana mempunyai rakan yang amat mengambil berat akan diri ini dan sentiasa menyokong segala- segalanya.

Kini mungkin di sebabkan kerana kerjaya dan komitment masing-masing, saya terasa sedikit jauh dr beberape teman. Mungkin masa dan lokasi yang berbeza sekarang. Tapi pasti ukhwah yang di bina pasti tidak akan musnah mungkin harus di kukuhkan.

Dalam menggapai impian diri ini mungkin kadang kala termisszz byk event2 yg penting ye. Tp ku kira masih belum terlambat akan diri ini untuk memenuhi pelbagai event lg..huhuhuhu (bkn nyer lupa tetapi x ingt)

Lantaran itu, saya ingin menyatakan kepada mereka yang bergelar sahabat ku, saya masih memerlukan mereka. saya ingin bersama mereka sama ada ketika susah senang menghadapi hidup ini.

Kamu semua adalah semangat yang telah membuatkan aku berdiri tegak yang membolehkan aku terus melangkah jauh. Yang penting saya nak kamu tahu yang kamu tidak pernah luput di minda saya selagi saya bernafas.aminnn...